Monday, October 12, 2009

kisah Nabi Muhammad SAW

Kisah Rasullullah S.A.W 

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa 
perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan 
keluarga mahupun untuk dijual. 

2) Setiap kali pulang ke rumah, b ila dilihat tiada makanan yang sudah siap 
di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya 
untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau 
Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga. 

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan 
cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.' 

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar 
waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang 
mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. 
Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya Khumaira?' (Khumaira adalah 
pangg ila n mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang 
kemerah-merahan' ) Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.' 
Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari 
ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda. 

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala 
melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa 
engkau memukul isterimu?' Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, 
'Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi 
aku pukul lah dia.' 
'Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a. w. 'Aku menanyakan mengapa 
engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu? ' 

6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik,kasih 
dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin, sabar dan tawadhuknya 
baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan 
kedudukannya sebagai p emi mpin umat. 

7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para 
sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. 
Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi 
pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina 
Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah 
selesai bersembahyang, 

'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan 
menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?' 
'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah , aku sihat dan segar.' 

'Ya Rasulullah.. .mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami 
mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau 
sedang sakit...' desak Umar penuh cemas. 

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para 
sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai 
kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda. 
Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali 
bergeraknya tubuh baginda. 

'Ya Rasulullah! Adakah b ila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan 
kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?' Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa 
pun akan engkau korbankan d emi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di 
hadapan ALLAH nanti, apab ila aku sebagai p emi mpin, menjadi beban kepada 
umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak 
tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.' 

8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang 
tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor. 

9) Hanya diam dan bersabar b ila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh 
seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa 
kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid 
sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu. 

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang 
sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan. 

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan 
sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun 
dalam keseorangan. 

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda 
masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah 
hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak. 

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang 
tinggi.B ila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya Rasulullah, bukankah 
engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?' 
Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang 
hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.' 

Rasulullah s. a. w. bersabda,'SAMPAIKAN LAH PESANKU 
WALAUPUN SEPOTONG 
AYAT..'

Sifat Orang Munafiq

Sabda Nabi saw yang bermaksud : Akan keluar di akhir zaman lelaki yang bertaubat tipu daya dengan memakai nama agama di dunia ini. Mereka menganjurkan manusia agar berpakaian yang baik (taubat) dari bulu domba yang halus. Lidah mereka lebih manis daripada gula, sedangkan hati mereka bagaikan serigala. (Hadith riwatar Tirmizi)

Dalam hadith itu Rasulullah saw memberikan isyarat bahawa kelak akan muncul orang-orang yang mempunyai sifat munafiq. Apa yang dikatakan tidak sesuai dengan kehendak hati, apa yang dianjurkan sebenarnya hatinya membenci, fatwanya hanya untuk tipu muslihat sahaja. Di antara sifat kemunafiqan itu, menganjurkan orang lain berbuat baik sesuai dengan agama Islam, semua yang disampaikan dengan topeng agama yang tujuannya antara lain untuk memperdaya orang-orang Islam sendiri. Agar orang tahu bahawa iaitu seorang juru fatwa yang berilmu, manis sekali bicaranya sampai banyak orang yang terperangkap dengan menyanjung-nyanjung kepadanya. Tapi hatinya setelah diketahui ternyata bagaikan hat seekor serigala. Yang sedang bersedia menangkap dan menelannya.

Sifat munafiq semacam ini biasanya dimiliki oleh mereka yang ingin diberi kedudukan, pangkat, penghormatan dan segala pujian dari atasannya sehingga berani mengorbankan agamanya, membohongi sesamanya. Keinginan sesuatu kedudukan akan mendorong untuk berusaha dengan cara apa saja, dengan wang atau dengan janji yang muluk-muluk untuk mempengaruhi orang lain yang jadi pendukungnya, bila perlu dengan menghalalkan segala cara, demi berhasilnya tujuan. Orang yang gila kedudukan tidak lain hasilnya adalah penyesalan pada hari kiamat. Hadith riwayat Bukhari dan Nasai dari Abu Hurairah, Nabi saw bersabda maksudnya :Sesungguhnya di antara kalian ada yang ingin menjadi penguasa dan sesungguhnya demikian itu akan menajdi penyesalan di hari kiamat. Sebaik-baik seorang ibu yang mahu menyusui dan seburuk-buruk ibu adalah ibu yang tidak mahu menyusui.

Maksudnya pemimpin yang baik ialah pemimpin yang bertanggungjawab kepada rakyat dan seburuk-buruk dalah pemimpin yang tidak bertanggungjawab pada rakyatnya.

Orang munafiq manis mulutnya dalam berkata-kata, pandai membawa diri, seakan-akan dia menaruh perhatian dan memikirkan kepentingan orang lain. Kalau perlu, nama Allah disebut-sebut dalam setiap bicara agar orang lain percaya kepadanya. Tambah banyak ia bicara, tambah banyak pula nama Allah disebut, padahal dalam hatinya ia menyimpan rasa dendam dan permusuhan. Sebab yang dijadikan pedoman bukanlah kebenaran dan bukan nama Allah, ia hanya bermain di mulut. Dia menyimpan segala rencana yang berbeza daripada kemahuan Allah, tetapi untuk menyembunyikan maksudnya itu ia bermulut manis.

Sifat orang-orang munafiq diabadikan dalam Al-Quran :Dan sebahagian manusia ada yang menarik hati pada engkau perkataannya dalam hidup di dunia, dan ia menjadikan Allah sebagai saksi di hatinya, padahal ia itu sangat memusuhinya. (Surah Al-Baqarah : Ayat 204)

Dan apabila telah berpisah, ia berjalan di bumi hendaklah merosak dan membinasakan tanaman dan keturunan. Padahal Allah itu tidak senang pada kerosakan. (Surah Al-Baqarah : Ayat 205)

Kitab rujukan : 25 Tanda Hampirnya Hari Kiamat & Berita Alam Keabadian (Amir Al-Harith) terbitan Jasmin Enterprise.



~Sesungguhnya Hidupku, Matiku, Amalanku, Ibadahku adalah semata-mata kerana Allah SWT~


cara solat khusus bagi perempuan




Baru saja lepas mendengar ceramah ustazah khadijah sebentar tadi. Rasa terlalu bernilai ilmu yg dicurahkan beliau, rugi kalau tak dikongsi bersama. Topik adalah mengenai adab2 solat. Setelah mengikuti kuliah beliau (2 minggu sekali) selama beberapa bulan yg lepas, baru kini timbul kesedaran betapa solat yg saya dirikan terlalu rendah kualitinya.

Bagaimana bisa solat berkenaan diterima Allah...umur dah lanjut macam ni pun solat masih di peringkat mediocre, itu pun kalau boleh di kategorikan begitu. Secara ringkasnya, sebelum memulakan solat,penceramah mencadangkan kita mengambil 2 minit untuk "menyediakan diri" sblm menghadap Yg Esa.

2 perkara yg elok dilakukan sebelum berniat utk solat...sewaktu kita berdiri tegak sblm lafaz niat :

1. Minit pertama - Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dlm diri kita. Kenangkan kembali dosa2 kita, betapa kerdil dan hinanya kita, seolah2 tak layak utk diberi peluang menghadap yg Esa. Pendek kata, kutuk diri sendiri dan menyesallah.

2. Minit kedua - Membangkitkan rasa BERTUHAN. Betapa kita diciptakan oleh yg Esa utk beribadat kepadaNya. Kenangkan betapa bersyukurnya kita dijadikan sbg seorg Islam, mempunyai Tuhan yg begitu menyayangi hamba2nya yg hina ini lebih daripada seorg ibu menyayangi anaknya.

Setelah dilakukan kedua2 perkara ni, barulah kita niat solat dan mengangkat takbir. Berniatlah dlm keadaan berdiri tegak, bukan sambil membetul2kan kain sembahyang, telekung dan sebagainya. Fokus. Setelah bertakbir, penceramah menunjukkan pula cara2 solat yg betul, penuh adab dan sopan,sesuai dgn keperibadian kita sbg wanita dan selayak2nya adab utk menghadap Tuhan.

1) Mengangkat takbir - ada 3 cara mengangkat takbir:
i. Dgn meletakkan kedua2 ibu jari di bawah cuping telinga
ii. Dgn meletakkan kedua2 jari telunjuk di bawah cuping telinga
iii. Mengangkat kedua2 tgn sehingga ke paras dada (bukan telinga).

Perlu diingatkan, kedua2 lengan hendaklah dirapatkan ke badan. Menurut penceramah, syaitan2 yg berupa kambing hitam gemar bergayut2 dicelah lengan(bawah ketiak) utk mengganggu solat kita, oleh itu sekiranya kedua2 lengan dirapatkan, tiada ruang utk mereka.

2) Qiyyam - cara qiyyam yg betul ialah memposisikan tgn kiri ke atas sikit dari pusat (bukan menutup pusat) sambil ibu jari dihalakan ke atas, seolah2 menyentuh ulu hati. Tangan kanan diletakkan di atas tgn kiri agak2 selesa. Pastikan kedua2 lengan adalah rapat mendekati badan.

3) Rukuk - peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk dilakukan dgn penuh tertib dan sopan. Kedua2 tgn melurut peha dgn perlahan dan berhenti di atas lutut. Pastikan badan kita di dlm posisi sudut tepat (90 darjah). Siku juga dirapatkan ke badan dan sudut tepat.

4) 'Iktidal - tegakkan badan semasa membaca "Sami Allahuliman hamidah..." dan mengangkat tgn posisi takbir ketika membaca "rabbanaa lakal hamdu"

5) Sujud - sujud dari segi istilah ialah "penyerahan diri yg tertinggi". Tertib sujud ialah dgn meletakkan kedua2 lutut ke lantai, baru diikuti tapak tgn dan seterusnya dahi. Kedua2 tgn dirapatkan di bhgn bawah sedikit dari ibu jari, di mana ada sedikit terbuka di antara kedua2 tgn dan di situlah dahi diletakkan. Jgn sujud terlalu jauh ke hadapan kerana dikhuatiri akan melebihi lebih dari anggota sujud yg 7
iaitu dahi, kedua tapak tangan, kedua lutut and kedua belah kaki (setakat jari shj).Ibu jari kaki dilentur sedikit agar menghala ke kiblat.

6) Duduk antara 2 sujud - ada 2 cara:
i. Papan punggung diletakkan di atas kedua2 kaki
ii. Papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri dan kaki kanan dilentur agar ibu jari menghadap kiblat.

7) Bangun selepas sujud - duduk sebentar sebelum bangun, bukan dlm keadaan bangun menungging. Sekiranya menghadapi kesulitan utk bangun, gunalah tgn kanan utk membantu kita bangun atau kedua2 tgn.

8) Tahiyyat - mengangkat telunjuk pada ketika menyebut "....illallahh. .." ("laa ilaa ha ILLALLAH") Jari telunjuk itu jangan diturunkan sehingga memberi salam.

9) Salam - tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam. Menoleh sejauh mungkin sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat ramai di sekeliling kita. Begitu juga ketika menoleh ke kiri. Tidak salah jika bahu dialihkan sedikit bagi membolehkan kita menoleh sehingga 180 darjah. Semasa menoleh ke kanan, alihkan sedikit bahu kiri dan sebaliknya.

10) Berdoa sesudah solat - seelok2 duduk ialah dgn melapikkan papan punggung dgn kedua2 kaki. Tgn diangkat separas dada dan berdoalah dlm keadaan tunduk sedikit kerana sekiranya kita berdoa dgn tgn yg tinggi dan mendongak ke langit, itu melambangkan sifat bongkak. Ingatlah, kita sedang menghadap yg Esa.

Seterusnya sebelum selesai ceramah, ustazah sempat mengingatkan para hadirin bahawa kain yg digunakan ukt solat juga perlu menepati ciri2 yg tertentu. Antaranya:

1) Tidak jarang. Rata2 kain telekung masa kini adalah jarang. Sekiranya kita memakai kain yg jarang dan dapat dilihat tengkuk dan warna kulit, maka solat kita tidak sah. Seelok2nya carilah kain telekung yg tidak jarang (antara caranya ialah dgn menggunakan 2 lapis kain). Ataupun, pakailah anak telekung atau tudung labuh di dlm dan pastikan sewaktu di rumah, apabila kita solat cuma dgn berbaju sleeveless di dlm telekung, pastikan bahu dan tgn tidak kelihatan warna kulit jika diamati dari luar telekung.

2) Kadang2 sewaktu musafir, ada muslimah yg malas membawa kain solat, sekadar membawa telekung shj (tak payah org lain, saya pun begini). Apabila tiba waktu solat, cuma kain di badan shj digunakan dan bagi menutupi kaki, kita memakai stokin. Cara ini memang tidak salah, tapi pastikan stokin yg dipakai tidak jarang. Ingatlah sewaktu kita sujud, kain stokin itu akan menegang (stretch) dan manalah tahu, terdedah aurat kita ketika itu lalu tidak sahlah solat. Sebaik2nya pakai stokin yg tebal (ustazah mencadangkan stokin yg lazim dipakai ketika bersukan) ataupun jika tiada, pakai 2 lapis.

3) Ada kain telekung yg indah bersulam dan berkerawang. Ada yg berlubang2 sehingga di belakang telekung. Adakalanya, bagi mereka yg rambut panjang, jika tidak ditutup betul2 dgn serkup/anak telekung, rambut2 ini akan terkeluar2 di celah2 kerawang telekung. Oleh itu, berhati2lah. Sama2lah kita berusaha memperbaiki solat kita kerana ia adalah tiang agama.

Pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita. Solat yg baik akan melahirkan peribadi yg baik. Saya akui, terasa agak berat. Pengalaman saya, oleh kerana telekung saya agak jarang, saya kini memakai tudung labuh di dlm telekung setiap kali solat sambil berazam utk membeli telekung yg lebih baik kualitinya. Walaupun kadang2 terasa panas ketika solat saya gagahkan juga. Yg penting, saya mencuba seboleh2nya untuk mendapatkan solat yg diterima Allah, walaupun dari segi khusyuk solat, saya masih merangkak. Yg penting, kita kena ingat, inilah sebahagian persediaan kita utk akhirat, jadi biarlah berbaloi. Jgn pula nanti kita dihisab pula kerana solat yg tak sempurna. Biar susah sekarang, jgn susah di alam baqa'.

Sekian saja yg dapat saya kongsi bersama. Sekira2 ada salah dan silap, harap dimaafkan. Segala yg baik itu dtg dari Allah s.w.t. dan yg buruk itu dari saya.

S.A.L.A.M I.S.L.A.M
B.A.B.A A.M.A.N.I&.N.A.E.L.A.H